Pages

senyuman itu tanda seseorang yang pemurah

Uols.....kalau dah singgah kat page i ni..rajin2 lah jd kawan i yer...insyaaAllah i akan singgah ke page u nanti.....ukwah...ukwah....hehe

Monday, February 6, 2012

Resepi Pavlova

As Salam uolssssss......

semalam sempat lg tu aku buat pavlova....geram sangat org asik dok citer pasal pavlova..pastu layan video recipe dr akak nigella aku pon dok tayang wat pavlova jerk...lg membuak2 terasa nk buatnya....dh laa aritu kawan aku yg duk kat ruwais pon dh try buat bende ni..so klu aku tak cuba mana nak tau rasa dia mcm mana kan....so kat bwh ni resepi yg aku dh translate ke bahasa...


Bahan-bahan
Untuk base Pavlova
1 cawan gula halus (superfine sugar/icing sugar) *klu tak nk manis kurangkan 3/4 cwn pon OK.
1 sudu besar tepung jagung
4 biji putih telur (guna telur yg bersaiz dlm 59gm)
1/4 sudu kecil krim tartar jenama Nona *(kalau takde krim tartar boleh ganti dgn 1 sudu kecil cuka/perahan lemon).
secubit garam
1/4 sudu kecil esen vanila

Untuk topping Pavlova
250ml/1 kotak kecil heavy/double/thickened whipping cream (aku pki jenama Paul's from Aussie sbb ada tanda halal)
2 sudu besar gula halus
1 sudu kecil esen vanila
Buah-buahan masam seperti strawberry,kiwi, rasberry dan seangkatan dengannya a.k.a ikut suka anda


Cara-cara 
1. Panaskan oven pd suhu 130/140 celsius. Dalam bekas lain campurkan gula halus dan tepung jagung, ketepikan. Selepas tu pukul putih telur pd kelajuan sederhana menggunakan mixer. Apabila putih telur sudah bertukar warna putih dan buih2 halus muncul masukkan garam dan krim tartar. Pukul sekali lagi sehingga kembang. Apabila kembang barulah masukkan campuran gula tadi. Waktu ni gula mesti di masukkan 1 sudu satu persatu diselangi dengan pukulan....sehingga laa kesemua gula habis dan campuran kelihatan berkilat dan bertanduk (klu nk test berjaya ke tak sila terbalikan bekas tu kalau putih telur tdi tak jatuh bermakna ia telah sempurna dipukul..hehe)..jgn masukkan kesemua gula takut tak kembang pulaks. Pastu baru masukkan vanila. Time ni tak yah pukul pki mixer...gaul ngn senduk pon ok.
2. Sediakan loyang yg dilapiskan dengan baking paper/ kertas minyak. Untuk memudahkan pembentukkan pavlova tu..mula2 lukis bulatan pd kertas baking paper dan letak pavlova dlm bulatan yg dh dilukis tdi..pastikan di tgh pavlova di rendahkan sedikit supaya senang nak tampung topping.
3. Bakar pd suhu 130/140 celsius selama 1jam atau sehingga bertukar warna ke perangan-perangan atau sehingga permukaan luar menjadi keras. Selepas itu bolehlah tutup oven dan biarkan ia sejuk seketika di dlm oven.
4. Sementara menunggu base pavlova sejuk, pukul whipping cream tdi bersama gula dan esen vanila sehingga kental. Jangan terlebih pukul pulakss nnti takut jd butter. Whipping cream ni bukan mcm telur kita kene agak2 bila dia dh kembang.
5. Setelah pavlova sejuk kuarkan dlm oven dah boleh dihiaskan dgn toping tdi. Sapukan whip cream tdi di atas pavlova dan susun buah2 yang telah dipotong di atas whipping cream. Selesai dan boleh dihidang untuk makan.....yummmyyyy..mesti cuba yerk...


p/s: untuk fatt punya kes..pavlova fatt tak berapa retak sgt sbb menggunakan krim tartar...hasil kajian krim tartar ni sama mcm lemon juice/cuka di mana ia mempuyai keasidan yang tinggi dan sesuai digunakan dlm kek yg menggunakan puith telur sahaja. selain itu menggunakan krim tartar tanpa cuka/lemon menghasilkan permukaan yg lg licin berbanding jika menggunakan cuka. ini kerana cuka akan menghasilkan porosity(lubang2 erk..fail translate..hahah) yg lagi byk. So klu porosity byk konfem laa nk retak byk or retak seribu tu tinggikan...ibarat jika cermin byk lubang akhirnya retak jua...hehehehe....so apa lagi boleh cuba yer kawan2...kat bwh ni ade lg gmbr hasil pembikinan main masak2 smlm.....


ni pavlova yg belum di bakar...nmpk halus putih gebu gtew kan...susah jugaks nk bentukkan bende ni sbb dia sgtlaa ringan and ala2 benyek gtew
haa nampk tak base pavlova tu dh perang2...haa pastu leh laa decorate ngn buah2 & whipping cream.

lg gambarnya....tp sori laa tangan tak bedong tak bape nk cantik susunan buah2 tu...hahaha
ni rupa setelah dipotong...lg laa tak senonoh sbb dh terjuih2 whipping cream tu....ini rupa sebenar dalam dia...cam yg aku study tekstur pavlova ni..luar dia keras rapuh dlm dia halus, gebu dan lembut ala2 marshmellow....klu tgk pic ni mmg dah pass pon aku...ahahhahhah

ni fatt ade share video dr chef John dr Food Wishes....antara chef yg aku suka sbb suka tunjuk instruction memasak yg mudah....resepi dia lain ckit tp kekdah sama jerk..

yang ni pulakss dr akak aku from LONDON...kak nigella...



so apa lagi SELAMAT MENCUBA!!!

4 comments:

  1. salam nak tanya,ada org cakap kalau pakai thickened cream tu dia cair.betol ke? sbb saya pun beli pauls tu.
    thanks

    ReplyDelete
  2. Ha.a...sebernye sama jerk..thick atau yg biasa mmg akan cair..so untuk kasi dia stabil...kita kene letak stabilizer mcm gelatin...biasa kita letak 1 sudu besar gelatin yg dicairkan dlm air panas....1 cara lagi...jgn guna whipped cream yg bertanda 'dairy'..cari whip cream yg ade tulis 'non-dairy' sbb jenis ni cram nye ada campuran myk kelapa sawit so dia stabil n tak cair

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. did you use gelatin for the topping in this recipe?

    ReplyDelete