Pages

senyuman itu tanda seseorang yang pemurah

Uols.....kalau dah singgah kat page i ni..rajin2 lah jd kawan i yer...insyaaAllah i akan singgah ke page u nanti.....ukwah...ukwah....hehe

Sunday, May 19, 2013

Resepi Lasagna

hi.....

hujung minggu yang sungguh tenang...2 hari ni tak kuor umah langsung...nasib ade adik lelaki dok 1 rumah....mmg aku bedal dia suh kuorlah g beli makanan...hahahah..sesekali berhujung minggu di rumah jerk syok gaks kan...tenang...tiada gangguan anasir2 luor...tak pikir pasal kerja....tetiba rasa mcm nak dok umah jerk...

oklah tak nak ngarut lebih2...arini aku dh share resepi omputih yg dah berzaman aku buat..ahahhaha ade lah bulan 1 aritu..jadi sebelum aku betul2 terlupa.. baik aku share cpt2...hehehe

resepi ni mudah jerk..dan barang2 tuk buat lasagna ni pon mudah didapati di pasaran...

so mari tinjau..

sedikit hangit akibat tiada pemantauan semasa pembakaran...kahkahkah

Bahan-bahan

(A) Base 
1 kotak instant lasagna (jenama san remo or apa2 jerklah)
1 botol sederhana sos spegati (aku pki campbell)
1 bungkus daging cincang (jenama ramli)
6-8 bunga cendawan butang (ayam brand/ Rex -->ade tanda halal jakim)
1 biji bawang besar (dipotong dadu kecil)
5-6 ulas bwg putih (dicincang halus)
serbuk oregano kering (kt umah aku mmg ade jenama McCormick)
serbuk lada hitam
garam
Mozarella cheese
Parmesan Cheese
Minyak zaiton untuk menumis

(B) Sos Putih
500ml susu fresh krim (beli susu dutch lady 2 kotak jerk)
3 keping cheddar cheese
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter (50gm)


Cara-cara
#kepingan lasagna di rendam seketika didalam berkas yg berisi air untuk melembutkan kulit lasagna.

(A) 
1. Masukkan sedikit minyak dan tumis bwg putih dan bwg besar.
2. Masukkan daging dan biarkan masak seketika
3. Masukkan cendawan butang yg telah dipotong dadu dan kacau
4. Masukkan pula sos spegati. Biarkan mereneh seketika. (jika kurang kuah boleh tambah air dalam suku cwn kecil)
5. Masukkan serbuk oregano, garam dan serbuk lada hitam. Kacau dan ketepikan

(B) 
1. Cairkan butter dlm pan dan masukkan tepung, kacau.(guna api kecil)
2. Masukkan susu dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan keju.
4. Masukkan secubit garam. Kacau dan ketepikan

#cara melapis Lasagna
1.  Setelah kesemua kekdah di atas siap...ambil kepingan lasagna..susun di atas loyang atau bekas ceramik sehingga menutupi permukaan bwh loyang.
2. Masukkan pula isi sos daging tadi ratakan...
3. Kemudian letakkan sos putih di atas isi daging tadi dan taburkan cheese mozarella & parmesan.
4. Letak lagi kepingan lasagna di atas sos putih tadi
5. Ulang langkah sehingga loyang penuh.
6. Bakar Lasagna pd suhu 170-180 deg celsius selama 20-30 minit atau sehingga kekuningan.
7. Boleh lah makan.....

senang jerk benonya...sorilah aku x de gmbr satu2..tak nyempat ..klu x leh tunjuk kekdah dengan gambar sekali kan...apa2 enjoy!!


5 lapis uols......hahah

nampak tu terjuih2...mak aku ckp sedap cam kat secret recipe..muahahaha

saje nk tunjuk pic ni...gedik tak..dlm toilet pon jd...act nk tunjuk mewah sgt toilet ni..pdhl kami tumpang membuang jerk..ahahahha (at melaka 13.4.2013)

No comments:

Post a Comment