Pages

senyuman itu tanda seseorang yang pemurah

Uols.....kalau dah singgah kat page i ni..rajin2 lah jd kawan i yer...insyaaAllah i akan singgah ke page u nanti.....ukwah...ukwah....hehe

Sunday, April 10, 2011

Resepi Baked Macaroni & cheese

Assalammualaikum wbt!!...

yeay hari ni sy rajin pulakss nk share resepi mudah....resepi ni sy dpt dr rakan sekerja sy iaitu cik Esah masa kitaorg wat bbq tahun 2009 tak silap....byk kali dh fatt buat resepi ni...dh kasi family rasa pon...diorg kata sedap..sekali sekala mkn mcm ni oklaa kan..klu selalu tak nak haku....muak jugakss..hehe...oklaa jom tgk resepi ni..resepi ni utk seorang makan.




Bahan-bahan
Makaroni elbow (lebih kurang segenggam) -fatt pki yg short pipe...
1/2 cwn ayam yg dipotong dadu
1/2 potong bawang besar yg dipotong kecil dadu
1 sudu butter
1/2 tin sup cendawan jenama campbells (yg tin 290gm)
sedikit air rebusan ayam
cheese mozarella
garam 

Cara-cara
1. Masak makaroni di dlm periuk bersama air, secubit garam dan 1/2 sudu myk. Masak lebih kurang 10 minute atau sehingga kembang
2. Rebus ayam yg dipotong sehingga masak dan simpan baki air rebusan
3. Menggunakan frying pan, tumis bawang besar dengan butter sehingga naik bau atau sedikit layu.
4. Kemudian masukkan ayam yang telah direbus tadi. Selepas itu masukkan pula sup cendawan dan biarkan mereneh seketika. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Jika kuah agak kering sedikit boleh tambahkan air rebusan ayam.
5. Seterusnya masukkan pula, makaroni yang telah ditos airnya. Kacau hingga sebati dan tambahkan 1 sudu parutan cheese mozarella.
6. Setelah sebati, tuang macaroni ke dalam bekas pembakar (ceramic ware). Taburkan cheese diatasnya.
7. Bakar makaroni pd suhu 150 deg cel. selama lebih kurang 20 minute @ sehingga pemukaan cheese kekuningan. Dah masak boleh laa dihidang.....

Sebelum bakar
Ok selamat mencuba...tp fatt mkn separuh jerk..perut kenyang..pdhl tghari tak makan apa2 pon..sarap 2 keping roti jerk...:-)

2 comments: