Pages

senyuman itu tanda seseorang yang pemurah

Uols.....kalau dah singgah kat page i ni..rajin2 lah jd kawan i yer...insyaaAllah i akan singgah ke page u nanti.....ukwah...ukwah....hehe

Wednesday, February 2, 2011

Resepi Bagel

As salam ...

Saya memang seorg yang suka makan makanan yg berunsurkan gandum...mak sy kata kecik2 org lain pulun makan nasi..sy pula..pulun makan roti..patutlaa kecik2 keding jerk...dah besar lain pulakss..mungkin dh imune dgn kabohidrat berunsurkan roti tu yg lemak bdn bertambah jerk...hehe..anyway harini sy nk kongsi resepi yang sy dr http://www.myresipi.com/..salah satu sumber rujukan saya iaitu BAGEL...apa itu bagel?..klu tgk pic kat bwh ni semua org akan rasa .."huk ala donut jer ke"...hehe well act dia tak sama dengan donut..tekstur dia agak keras dan ia tidak manis..kira mcm roti laa...so sesuai klu di mkn bersama cheese tuna ke...@ sapukan dengan peanut butter...fuh mmg sedap...resepi ni dia liat2 skit....tp penuh gandum...sesekali breakfast dgn bagel ni ok jugakss.....gmbr sy x laa seberapa cantek..percubaan pertama...hehe

 Bahan-bahan ( 4 biji )

  • 200g tepung roti
  • 2 sudu besar gula halus
  • 2/3 sudu kecil garam
  • 2/3 sudu kecil dry yeast
  • 120ml air suam

Cara-cara

  1. Bagel1
    Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk. Garam biar jauh sikit dr yis. Masukkan air. Uli sehingga doh lembut. Anggaran masa- 2 minit(doh keras), 5 minit- doh akan jadi licin, 5 minit lagi- doh jd lembut.
  2. Bagel2
    Bahagikan doh kpd 4 bahagian. Lepas tu, tutup dengan kain lembab dan rehatkan selama 5 minit.
  3. Bagel3
    Ambik sebiji. Canaikan seperti dalam gambar.
  4. Bagel4
    Kemudian gulung memanjang
  5. Bagel5
    Pastu getel biar jadi panjang lebih kurang 24-25cm.
  6. Bagel6
    Tekan pada satu bahagian hujung. Biar jadi leper.
  7. Bagel7
    Ketemukan dua hujungnya.
  8. Bagel8
    Rapatkan kedua-dua hujung. Biarkan bercantum
  9. Bagel9
    Tutup dengan kain lembab. Biarkan naik 2 kali ganda- Lebih kurang 40-45 minit.
  10. Bagel10
    Panaskan oven sehingga 210 degree. Dalam fry pan, panaskan air sehingga mendidih. Perlahankan api. Masukkan 1 sudu besar madu. Masukkan pula bagel tadi. Biarkan bagel terendam air selama 30 saat utk setiap permukaan.
  11. Bakar bagel selama 13 minit.
  12. Sesame_bagel
    Boleh tambah pelbagai rasa ikut selera. Bagel dgn bijan
  13. Bagelcheese
    Bagel dengan bijan hitam dan cheese

No comments:

Post a Comment