Ok arini sy nk share resepi biskut coklat chip totally chocolate yg sy perolehi drpd Nigella Lawson. Memang sedap sebab dia tak macam biskut choc yg ade kat pasaran....bg penggemar coklat mcm sy...haa inilaa resepi dia...sekali gigit mmg heavenly sgt..sbb ade choc cair di dalam....rupa dia mmg tak der laa cantek sgt sbb warnanyer hitam...sbb based on coklat and cocoa semataa....lgpon sy ni bukan chef pon..main taram gakss..asalkan taste ada dh ckup....hehe so leh cuba yer kawan2....
Bahan-bahan
1) 125 g butter
2) 75g gula perang
3) 50g gula pasir biasa
4) 125g dark coklat (sy guna choc button jenama Van Hounten)
5) 1 biji telur yg disejukan dlm freezer
6) 1 sudu kecil vanila
7) 150g tepung biasa (gandum ke superfine blue key ke)
8) 30g serbuk koko
9) 1/2 sudu kecil garam
10) 1 sudu kecil soda bikarbonat
11) 350g coklat chip (jenama van hounten @ apa sahaja tp sy tak pki pon sbb tersalah beli..sy pki choc button)
Cara-cara
1) Cairkan coklat masakan menggunakan double boiler sehingga cair dan sejukkan seketika.
2) Di dalam mangkuk satukan tepung, serbuk koko, garam dan soda bikarbonat. Kemudian ketepikan.
3) Pukul butter bersama gula perang dan gula biasa menggunakan mixer sehingga kembang. Selepas itu masukan coklat yg telah dicairkan.
4) Teruskan memukul adunan dan tambah telur serta vanila.
5) Perlahankan kelajuan mixer dan tambah campuran tepung di dalam mangkuk sedikit demi sedikit.
6) Selepas itu, matikan mixer dan masukkan coklat chip ke dlm adunan. Gaul menggunakan spatula sehingga adunan sebati.
7) Panaskan oven dengan suhu 170 degree celcius. Lapiskan dulang pembakar dengan baking paper.
8) Bulatkan adunan menggunakan sudu @ ais krim scoop dan letak di atas baking paper. Jarakan 6 inch antara setiap bebola. (jangan leperkan bebola tersebut)
9) Bakar selama 18 minit.
10) Setelah masak, angkat dan sejukkan di atas tray seketika. Kemudian bolehlaa hidang untuk di makan...
Enjoy!!
p/s: klu sape2 ade masalah stress kene sekali biskut ni pasti ceria...ahahahhha
Mesti try mlm ni gk ni... Nyum2...
ReplyDeletehehe mesti try dina....sedap..habis sebekas diorg lantak 1 ari jerk..sori yer dh habis..x dpt ko nk rasa..pasni ko try buat erk...hehe
ReplyDeleteDah cuba buat sebelum puasa aritu...
ReplyDeleteKonon nak tunggu sampai raya tapi tak sempat nak puasa, biskut ni tinggal serbuk jek...
Memang sedap...terima kasih ye bagi resepi (^_^)
oh tq darling....
ReplyDelete